Gambar
“Saya Kecil Hati Dengan Anak & Menantu” – Wanita Merajuk Tinggal Dalam Kereta 40 Hari
Merajuk dengan anak dan menantu, seorang wanita berusia 51 tahun nekad tinggal di dalam kereta sejak 40 hari lalu di Taman Suria, Pendamar, Pelabuhan Klang.
BACA : Ibu Bapa Tak Matikan Enjin Kereta, Bakal Didenda RM500
Menurut wanita yang enggan namanya disiarkan itu, dia mengambil keputusan tinggal di dalam kereta selepas berkecil hati dengan anak serta menantunya sebelum dia keluar daripada rumah.
“Ada perkara yang mereka kata sehingga membuatkan saya kecil hati. Jadi lebih baik saya keluar daripada rumah kerana tidak mahu susahkan mereka.”
“Saya nak keluar dari kawasan itu, namun kereta saya tidak boleh bergerak membuatkan saya terpaksa tinggal di dalam kereta selama 40 hari sebelum dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).
“Memang saya ada niat nak pergi rumah anak yang lain, namun belum tentu mereka terima saya. Mesej ucapan Aidilfitri saya pun tidak dibalas,” – jelasnya kepada Harian Metro.
Dia turut berterima kasih kepada penduduk yang menghantar makanan sepanjang berada di dalam Perodua Kancil miliknya itu.
Malah, penduduk di situ ada menawarkan untuk tinggal bersama mereka tetapi dia menolak kerana tidak mahu susahkan mereka.
Dia juga berterima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang sewakan rumah untuknya dan dia kini sedang mencari kerja dan mahu membuka gerai masakan jika diberi peluang.
Selain itu, wanita terbabit turut menerima bantuan kecemasan zakat sebanyak RM500 bagi memulakan hidup dan LZS turut menyediakan bantuan makanan selain membantu membaiki kenderaannya bagi memudahkan dia keluar mencari kerja nanti.
Gambar
Kekasih 13 Tahun Mengandung, Budak Lelaki 10 Tahun Teruja Bakal Jadi Bapa
Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Krasnoyarsk, Russia amat teruja kerana tidak lama lagi akan menjadi seorang bapa
Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Krasnoyarsk, Russia amat teruja kerana tidak lama lagi akan menjadi seorang bapa selepas kekasihnya yang berusia 13 tahun kini mengandung tujuh minggu.
BACA : “Ayah Janji Beli Handphone Baru” – Gadis 13 Tahun Dirogol Ayah Tiri Hingga Mengandung
Memetik laporan Daily Star, pasangan itu dikatakan sangat gembira dengan berita tersebut dan keluarga mereka juga open minded serta menyokong hubungan mereka berdua.
Identiti pasangan terbabit tidak didedahkan untuk privasi
Manakala sekolah tempat gadis itu belajar menjelaskan situasi berkenaan masih terkawal dan mereka sedaya upaya cuba membantunya.
Bagaimana pun, ada pula spekulasi mengatakan budak lelaki berusia sepuluh tahun itu bukanlah bapa kepada bayi dalam kandungan remaja perempuan berkenaan.
“Rasa Daging Kerbau, Liat & Berlemak” – Masak Daging Kaki Sendiri
Seorang lelaki menceritakan dia memasak daging kakinya sendiri dan menghidangkan kepada 10 orang rakan karibnya dua tahun lepas.
BACA : “Kalau Tak Leher Terbelah” – Jari Hampir Putus, Tali Diikat Melintang Tengah Jalan
Menurut lelaki yang memuat naik gambar daging kakinya di laman web Reddit itu, dia kemalangan jalan raya pada November 2017 dan menyebabkan kakinya terpaksa dipotong kerana tidak dapat diselamatkan.
Selepas menerima nasihat daripada doktor dan selesai menandatangani surat perjanjian serta urusan memotong kaki, lelaki tersebut membawa balik kakinya.
Sebaik sahaja sampai di rumah, dia mencuci kakinya dan dipotong sebelum digoreng dan disediakan menjadi ‘Taco Daging Kaki’.

Gambar
Wanita Jual Suami RM68 Lepas Kantoi ‘Main’ Perempuan Lain, Guna Duit Untuk Beli Baju Anak
Biasanya kita dengar cerita perempuan atau pun isteri kena jual oleh suami kan? Berbeza dengan tahun 2020 ni, kejadia di Kenya ni berbeza apabila si suami pula kena jual oleh isterinya.
BACA : Jual Isteri RM586 Di Facebook, Demi Biaya Persekolahan Anak
Memetik portal Mirror, Edna Mukwana telah menjual suaminya dengan harga 1,700 Kenyan Shilling (RM68) kepada perempuan simpanan lelaki itu.
Seminggu sebelum menjual suaminya, Edna mendapati suaminya curang dan mempunyai perempuan simpanan selepas kantoi dilihat bersama di atas katil di dalam bilik.
Selepas berfikir, Edna mengambil keputusan untuk menjual suaminya kepada kekasih suaminya dengan harga Ksh2,000 tapi wanita itu hanya membayar sebanyak beri Ksh 1,700.
Dengan hasil wang yang dia dapat dari menjual suaminya, Edna gunakan untuk membeli pakaian tahun baru buat anak-anaknya.
“Saya telah menggunakan semua wang untuk membeli pakaian tahun baru untuk anak-anak saya.” – Edna
Apabila ditanya sama ada Edna sanggup menerima suaminya semula, Edna menjawab tahun baru ini dia nak mulakan hidup baru dan tak nak bawa apa-apa permasalahan dari tahun 2019.
https://www.rilekstudio.com/jual-isteri-rm586-di-facebook/
-
Fashion9 years agoThese ’90s fashion trends are making a comeback in 2017
-
Entertainment9 years agoThe final 6 ‘Game of Thrones’ episodes might feel like a full season
-
Fashion9 years agoAccording to Dior Couture, this taboo fashion accessory is back
-
Entertainment9 years agoThe old and New Edition cast comes together to perform
-
Sports9 years agoPhillies’ Aaron Altherr makes mind-boggling barehanded play
-
Business9 years agoUber and Lyft are finally available in all of New York State
-
Entertainment9 years agoDisney’s live-action Aladdin finally finds its stars
-
Sports9 years agoBoxing continues to knock itself out with bewildering, incorrect decisions






