Connect with us

Info

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Fasa Pertama

Published

on

Kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020, masa yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Penerima BSH 2020 akan menerima bayaran fasa pertama pada 20 Januari 2020 iaitu Isnin minggu hadapan.

Pembayaran BSH 2020 fasa pertama ini akan dibayar kepada kategori keluarga sahaja, manakala kategori bujang dan kategori Orang Kurang Upaya masing-masing akan dibayar pada fasa kedua.

Untuk tarikh pembayaran BSH 2020 fasa kedua pula, tarikh tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat selepas proses pembayaran bagi fasa pertama selesai dilakukan.

Jumlah keseluruhan pembayaran BSH Kategori Keluarga

RM1000 – Pendapatan isi rumah RM2000 dan ke bawah.
RM750 – Pendapatan isi rumah RM2001- RM3000
RM500 – Pendapatan isi rumah RM3001 – RM4000

Apa yang menarik bagi kategori keluarga ini, tambahan RM120 bagi setiap orang anak berumur 18 tahun dan ke bawah. Ianya terhad kepada 4 orang kecuali keluarga yang mempunyai anak yang OKU, ianya tiada had umur.

Pembayaran BSH Kategori Bujang & Orang Kurang Upaya (OKU)

Kategori bujang akan menerima pembayaran RM300 bagi pemohon yang berpendapatan kurang dari RM2,000. Manakala kategori Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang dari RM2,000 akan menerima bayaran sebanyak RM300.

Tahniah kepada semua penerima BSH 2020 ini dan semoga bantuan ini dapat mengurangkan sedikit beban untuk perbelanjaan harian korang.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Global

Demam Babi Afrika Dilaporkan Di Selatan Filipina Untuk Kes Pertama

Belum reda mengenai isu Corona Virus yang melanda dunia, timbul pula isu virus demam babi Afrika yang dilaporkan di Filipina sebagai kes pertama.

Published

on

By

Belum reda mengenai isu Corona Virus yang melanda dunia, timbul pula isu virus demam babi Afrika yang dilaporkan di Filipina sebagai kes pertama.

Sampel darah yang diambil dari babi di wilayah selatan di Filipina, pengguna daging babi ke-10 terbesar di dunia, diuji positif untuk virus demam babi Afrika, kata Jabatan Pertanian, hari ini.

Ia adalah kes pertama yang dilaporkan mengenai jangkitan demam babi Afrika di wilayah Davao Occidental dan di tempat lain di Mindanao, pulau selatan Filipina.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Pertanian, William Dar, telah mengarahkan pegawai jabatan serantau supaya menyekat pergerakan haiwan di bahagian kepulauan itu.

Filipina yang juga pengimport daging babi ketujuh terbesar di dunia, melaporkan wabak demam babi Afrika pertama pada September 2019, di beberapa ladang belakang rumah di ibu negara negara itu, Manila.

Penyakit itu cepat merebak ke bahagian lain di pulau utama Luzon, termasuk Manila, menyebabkan beberapa wilayah pusat dan selatan mengharamkan daging babi dan produk berasaskan daging babi dari kawasan yang dilanda penyakit.

Dar mendakwa punca wabak itu di Filipina daripada daging babi diseludup dari China, di mana berjuta-juta babi dipotong akibat penyakit itu.

Walaupun sampel darah dari babi di Davao Occidental telah diuji positif untuk demam babi Afrika, ujian lanjut akan dilakukan oleh Biro Industri Haiwan Jabatan untuk pengesahan.

Sumber : Berita Harian

Continue Reading

Info

Tarikh Akhir Pengeposan Barang Pos Laju Tahun Baru Cina 2020

Published

on

By

Setiap tahun perayaan di Malaysia akan ‘mengganggu’ sedikit proses perjalanan barang-barang sama ada yang anda kirim mahu pun yang ada terima, lebih-lebih lagi apabila menggunakan khidmat Pos Laju.

Di sini kami kongsikan mengenai kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Pos Malaysia mengenai arikh akhir perkhidmatan pengeposan dan penerimaan pungutan Pos Laju sempena sambutan Tahun Baru Cina / Chinese New Year (CNY) 2020.

Sangat penting untuk korang sebagai seller memastikan bungkusan pelanggan sampai ke destinasi dalam negara sebelum cuti perayaan Tahun Baru Cina 2020 (25 – 26 Januari 2020), pengeposan hendaklah dilakukan sebelum atau pada 20 Januari 2020.

Sekiranya barang ataupun parcel Pos Laju yang dipos selepas 20 Januari 2020, serahan hanya akan dilakukan selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Semua Pusat Pos Laju di seluruh negara akan ditutup mulai 25 Januari sehingga 27 Januari 2020 kecuali Pusat Pos Laju negeri Johor dan Kedah yang akan dibuka pada 27 Januari 2020.

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.