Connect with us

Global

Ibu Bapa Tak Matikan Enjin Kereta, Bakal Didenda RM500

Published

on

Ibu bapa yang membiarkan enjin kenderaan mereka dibiarkan hidup ketika menunggu untuk mengambil anak mereka pulang dari sekolah akan didenda kerana ianya salah satu punca pencemaran udara di sekitar sekolah.

Tindakan ini telah dikuatkuasakan di luar negara sebagai salah satu cara untuk mengurangkan pencemaran udara di sekitar sekolah.

Denda yang akan dikenakan boleh mencecah sehingga £ 100 (RM525) sekiranya ibu bapa yang menaiki kenderaan tidak mematikan enjin semasa menunggu anak mereka.

Gambar hiasan

Menurut Setiausaha Pengangkutan London, Chris Grayling, mereka tekad melancarkan tindakan tersebut bagi mengurangkan pencemaran udara di sekitar sekolah sehingga boleh menjejaskan kesihatan pelajar-pelajar sekolah.

“Kami bertekad untuk melancarkan tindakan yang mencemarkan komuniti pelajar dengan tidak mematikan enjin kereta ketika menunggu anak-anak, terutamanya di luar pintu sekolah di mana anak-anak kita bernafas dalam udara toksik ini.

Mematikan enjin kenderaan adalah cara mudah untuk menurunkan tahap pencemaran yang tinggi, mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar dan kesihatan kita.” Chris Grayling.

Cadangan tersebut juga merupakan sebagai langkah terakhir kerajaan untuk meningkatkan mutu udara terutamanya di kawasan sekolah.

Sumber: Daily Mail

Continue Reading
1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: "Saya Kecil Hati Dengan Anak & Menantu" - Wanita Merajuk Tinggal Dalam Kereta 40 Hari - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Global

Demam Babi Afrika Dilaporkan Di Selatan Filipina Untuk Kes Pertama

Belum reda mengenai isu Corona Virus yang melanda dunia, timbul pula isu virus demam babi Afrika yang dilaporkan di Filipina sebagai kes pertama.

Published

on

By

Belum reda mengenai isu Corona Virus yang melanda dunia, timbul pula isu virus demam babi Afrika yang dilaporkan di Filipina sebagai kes pertama.

Sampel darah yang diambil dari babi di wilayah selatan di Filipina, pengguna daging babi ke-10 terbesar di dunia, diuji positif untuk virus demam babi Afrika, kata Jabatan Pertanian, hari ini.

Ia adalah kes pertama yang dilaporkan mengenai jangkitan demam babi Afrika di wilayah Davao Occidental dan di tempat lain di Mindanao, pulau selatan Filipina.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Pertanian, William Dar, telah mengarahkan pegawai jabatan serantau supaya menyekat pergerakan haiwan di bahagian kepulauan itu.

Filipina yang juga pengimport daging babi ketujuh terbesar di dunia, melaporkan wabak demam babi Afrika pertama pada September 2019, di beberapa ladang belakang rumah di ibu negara negara itu, Manila.

Penyakit itu cepat merebak ke bahagian lain di pulau utama Luzon, termasuk Manila, menyebabkan beberapa wilayah pusat dan selatan mengharamkan daging babi dan produk berasaskan daging babi dari kawasan yang dilanda penyakit.

Dar mendakwa punca wabak itu di Filipina daripada daging babi diseludup dari China, di mana berjuta-juta babi dipotong akibat penyakit itu.

Walaupun sampel darah dari babi di Davao Occidental telah diuji positif untuk demam babi Afrika, ujian lanjut akan dilakukan oleh Biro Industri Haiwan Jabatan untuk pengesahan.

Sumber : Berita Harian

Continue Reading

Gambar

Kekasih 13 Tahun Mengandung, Budak Lelaki 10 Tahun Teruja Bakal Jadi Bapa

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Krasnoyarsk, Russia amat teruja kerana tidak lama lagi akan menjadi seorang bapa

Published

on

By

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Krasnoyarsk, Russia amat teruja kerana tidak lama lagi akan menjadi seorang bapa selepas kekasihnya yang berusia 13 tahun kini mengandung tujuh minggu.

BACA : “Ayah Janji Beli Handphone Baru” – Gadis 13 Tahun Dirogol Ayah Tiri Hingga Mengandung

Memetik laporan Daily Star, pasangan itu dikatakan sangat gembira dengan berita tersebut dan keluarga mereka juga open minded serta menyokong hubungan mereka berdua.

Identiti pasangan terbabit tidak didedahkan untuk privasi

Manakala sekolah tempat gadis itu belajar menjelaskan situasi berkenaan masih terkawal dan mereka sedaya upaya cuba membantunya.

Bagaimana pun, ada pula spekulasi mengatakan budak lelaki berusia sepuluh tahun itu bukanlah bapa kepada bayi dalam kandungan remaja perempuan berkenaan.

Continue Reading

Facebook

“Rasa Daging Kerbau, Liat & Berlemak” – Masak Daging Kaki Sendiri

Published

on

By

Seorang lelaki menceritakan dia memasak daging kakinya sendiri dan menghidangkan kepada 10 orang rakan karibnya dua tahun lepas.

BACA : “Kalau Tak Leher Terbelah” – Jari Hampir Putus, Tali Diikat Melintang Tengah Jalan

Menurut lelaki yang memuat naik gambar daging kakinya di laman web Reddit itu, dia kemalangan jalan raya pada November 2017 dan menyebabkan kakinya terpaksa dipotong kerana tidak dapat diselamatkan.

Selepas menerima nasihat daripada doktor dan selesai menandatangani surat perjanjian serta urusan memotong kaki, lelaki tersebut membawa balik kakinya.

Sebaik sahaja sampai di rumah, dia mencuci kakinya dan dipotong sebelum digoreng dan disediakan menjadi ‘Taco Daging Kaki’.

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.