Isu
“Digilis Berulang Kali” – Lelaki Maut Dilanggar Selepas Kemalangan Kecil
Seorang lelaki berusia 29 tahun maut dipercayai digilis berulang kali sebelum bergelut dan dipukul oleh suspek berusia 40 tahun selepas perselisihan faham kerana kemalangan kecil antara pemandu Toyota Innova dan Perodua Axia.
BACA : Lepas Langgar Makcik Nasi Lemak Sampai Mati, Pemandu Mabuk Sempat Teguk Arak & Ketawa
Menurut Harian Metro, selepas tragedi yang berlaku di Kilometer 239 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kajang sekitar jam 1.40 petang itu, mangsa dikejarkan ke hospital Nilai, namun pada jam 3.4o petang, pihak hospital memaklumkan kepada polis mangsa telah meninggal dunia.
Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki yang menaiki Toyota Innova dikenali sebagai Yew Wei Liang, berusia 41 tahun dan isterinya berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.
Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan kematian, mangsa, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29 tahun, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Keterangan dan bukti berpihak kepada suspek sebab tiada saksi?
Suspek menceritakan dia dipukul oleh mangsa dengan kayu baseball, tetapi menurut sumber, mangsa turun dari kereta terus memukul bahagian hadapan bonet kereta suspek.
Suspek yang ketakutan menekan minyak lalu melanggar mangsa yang berada di hadapan keretanya. Takut, sampai berulang-ulang kali langgar ke?
Akibat dilanggar, mangsa terpelanting jatuh di tengah pembahagi jalan dan di dalam video, mangsa dilihat sudah dalam keadaan lemah longlai.
Kenyataan saksi dan sumber ternyata berbeza dengan laporan suspek
Namun, keterangan kejadian dan bukti sekarang ni berpihak kepada suspek yang memandu MPV itu, walaupun ada saksi yang melihat kejadian tersebut mendakwa semuanya berpunca daripada suspek dan mangsa dilanggar serta digilis berulang kali.
Menerusi Facebook, seorang pengguna yang menggunakan nama Illya Sumanto menyaksikan kejadian tersebut dan mendakwa kesesakan lalulintas berpunca daripada pergaduhan mangsa dan suspek.
Pada mulanya, Illya melihat mangsa memukul bonet hadapan kereta suspek dan belum lama selepas itu, dia melihat mangsa dilanggar dan digilis antara bahagian kepala hingga ke perut.
Menerusi Facebook Sir Azri pula, dia menjelaskan mangsa digilis berulang kali dengan kereta oleh suspek yang berusia 40 tahun itu.
“Arwah berumur 29 tahun digilis berulang ulang kali dengan kereta hingga meninggal dunia oleh seorang lelaki berbangsa cina umur 40 an.
Arwah seorang lelaki berbangsa Melayu meninggalkan seorang isteri dan seorang bayi berumur 4 bulan.” – tulis Sir Azri di Facebook.
Mangsa yang telah meninggal dunia itu meninggalkan seorang isteri dan seorang bayi berumur 4 bulan.
Saksi utama kejadian ‘Pakcik Baju Biru’ Dicari
Demi keadilan, adik ipar kepada mangsa yang menggunakan akaun Twitter @fizieYung menyeru kepada sesiapa yang mengenali lelaki yang memakai baju berwarna biru di dalam video supaya tampil untuk menjadi saksi kejadian.
Menurut @fizieYung, pakcik itu antara yang tahu cerita dari awal kejadian dan doktor memberitahu kepada keluarga mangsa, mangsa maut disebabkan cedera parah pada bahagian kepala hingga ke bahagian perut.
Jadi, kenyataan Sir Azri dan cerita saksi kejadian Illya Sumanto yang mendakwa melihat suspek melanggar dan menggilis mangsa pada bahagian kepala hingga ke kaki adalah sahih!
Video pemandu Axia selepas dilanggar oleh pemandu Toyota Innova
Global
Demam Babi Afrika Dilaporkan Di Selatan Filipina Untuk Kes Pertama
Belum reda mengenai isu Corona Virus yang melanda dunia, timbul pula isu virus demam babi Afrika yang dilaporkan di Filipina sebagai kes pertama.
Belum reda mengenai isu Corona Virus yang melanda dunia, timbul pula isu virus demam babi Afrika yang dilaporkan di Filipina sebagai kes pertama.
Sampel darah yang diambil dari babi di wilayah selatan di Filipina, pengguna daging babi ke-10 terbesar di dunia, diuji positif untuk virus demam babi Afrika, kata Jabatan Pertanian, hari ini.
Ia adalah kes pertama yang dilaporkan mengenai jangkitan demam babi Afrika di wilayah Davao Occidental dan di tempat lain di Mindanao, pulau selatan Filipina.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Pertanian, William Dar, telah mengarahkan pegawai jabatan serantau supaya menyekat pergerakan haiwan di bahagian kepulauan itu.
Filipina yang juga pengimport daging babi ketujuh terbesar di dunia, melaporkan wabak demam babi Afrika pertama pada September 2019, di beberapa ladang belakang rumah di ibu negara negara itu, Manila.
Penyakit itu cepat merebak ke bahagian lain di pulau utama Luzon, termasuk Manila, menyebabkan beberapa wilayah pusat dan selatan mengharamkan daging babi dan produk berasaskan daging babi dari kawasan yang dilanda penyakit.
Dar mendakwa punca wabak itu di Filipina daripada daging babi diseludup dari China, di mana berjuta-juta babi dipotong akibat penyakit itu.
Walaupun sampel darah dari babi di Davao Occidental telah diuji positif untuk demam babi Afrika, ujian lanjut akan dilakukan oleh Biro Industri Haiwan Jabatan untuk pengesahan.
Sumber : Berita Harian
Isu
Janda Anak Satu Kantoi Buat ‘Projek’ Malam Tahun Baru 2020
Setiap kali sambutan tahun baru, mesti ada berita mengenai pasangan ditangkap khalwat dan untuk tahun 2020 ini tidak lepas dari cerita khalwat yang sudah seperti menjadi kewajipan untuk sambutan tersebut.
Untuk pembuka 2020 ini, pasangan yang merupakan janda anak satu bersama seorang lelaki di sebuah bilik di Pusat Peranginan Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah pada 2.50 pagi tadi.
Wanita berusia 34 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki muda setahun daripadanya oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) Daerah Baling.
Memetik Harian Metro, JAIK membuat serbuan selepas menerima maklumat orang ramai mengenai aktiviti maksiat di situ dan dalam pemeriksaan berkenaan pihaknya dapati pasangan itu berada berdua-duaan dalam bilik berkenaan.
“Apabila pintu dibuka seorang lelaki yang hanya bertuala berada dalam bilik dan wanita terbabit berpakaian lengkap berada di bilik air.
“Ketika disoal siasat, kita mendapati wanita berkenaan berasal dari Perlis dan pasangan terbabit memberi alasan berehat sebentar di bilik itu selepas mandi di kolam air panas di situ,” – kata pegawai JAIK.
Pasangan itu diberikan notis mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Kedah 2014 dan sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
“Tiga pasangan lain turut disoal siasat kerana berdua-duaan di tempat terbuka di kawasan Air Panas Ulu Legong itu.
“Kita mengeluarkan surat saman kepada mereka kerana berkelakuan tidak senonoh dikhalayak ramai,” – pegawai JAIK.
Operasi malam tahun baru selama enam jam bermula 11 malam sehingga 5 pagi itu disertai lebih 30 anggota termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan anggota Skuad Al-Ansar.
Gambar
Bapa Lima Anak Cabul Budak 9 Tahun Di Surau Berdepan Hukuman Penjara
Sebelum ini viral video rakaman seorang lelaki melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak di tandas sebuah surau di Sungai Petani, Kedah dan dipercayai berlaku tiga minggu lalu.
BACA : Wanita Dipenjara 300 Tahun Kerana Mencabul Kanak-kanak
Memetik Sinar Harian suspek yang dikenali sebagai Mohd Nizam Yaakub, dari Kampung Haji Ngah Bedong itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam tandas Surau Al-Ikhlas Zon Mawar Ambangan Heighs kira-kira jam 3.30 petang pada 13 Disember lalu.
Mengikut pertuduhan, Nizam yang bekerja sebagai kelindan lori melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh badan seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husnah Omar meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap bapa kepada lima orang anak itu dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius dan dilakukan di tempat awam.
Bagaimanapun, Nizam merayu supaya jaminan dibenarkan kerana mempunyai tanggungan ramai termasuk isterinya tidak bekerja dan anak-anak masih bersekolah selain menanggung kedua ibu bapa.
Hakim, Prescilla Hemamalini Nadarajah membenarkan Mohd Nizam diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain turut menetapkan kes disebut semula 29 Januari 2020 depan.
Lelaki 71 Tahun Dicabul Lelaki Warga Emas Selepas Khayal Di Taiping
-
Fashion9 years agoThese ’90s fashion trends are making a comeback in 2017
-
Entertainment9 years agoThe final 6 ‘Game of Thrones’ episodes might feel like a full season
-
Sports9 years agoBoxing continues to knock itself out with bewildering, incorrect decisions
-
Fashion9 years agoAccording to Dior Couture, this taboo fashion accessory is back
-
Entertainment9 years agoThe old and New Edition cast comes together to perform
-
Sports9 years agoPhillies’ Aaron Altherr makes mind-boggling barehanded play
-
Business9 years agoUber and Lyft are finally available in all of New York State
-
Entertainment9 years agoMod turns ‘Counter-Strike’ into a ‘Tekken’ clone with fighting chickens











Pingback: Rempuh Mangsa Sampai Mati, Suspek & Isteri Direman 7 Hari - HOIVIRAL
Pingback: (Gambar) Dirempuh Pemandu Myvi, 5 Pemotong Rumput Rehat Di Tepi Jalan Maut
Pingback: Polis Siasat Individu Sebar Maklumat Palsu Insiden Kemalangan Maut Syed Danial - HOIVIRAL
Pingback: Yew Wei Liang Didakwa Bunuh Syed Danial, Suspek Dakwa Polis Paksa Untuk Mengaku - HOIVIRAL