Connect with us

Gambar

Bapa Lima Anak Cabul Budak 9 Tahun Di Surau Berdepan Hukuman Penjara

Published

on

Sebelum ini viral video rakaman seorang lelaki melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak di tandas sebuah surau di Sungai Petani, Kedah dan dipercayai berlaku tiga minggu lalu.

BACA : Wanita Dipenjara 300 Tahun Kerana Mencabul Kanak-kanak

Memetik Sinar Harian suspek yang dikenali sebagai Mohd Nizam Yaakub, dari Kampung Haji Ngah Bedong itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam tandas Surau Al-Ikhlas Zon Mawar Ambangan Heighs kira-kira jam 3.30 petang pada 13 Disember lalu.

Mengikut pertuduhan, Nizam yang bekerja sebagai kelindan lori melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh badan seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husnah Omar meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap bapa kepada lima orang anak itu dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius dan dilakukan di tempat awam.

Bagaimanapun, Nizam merayu supaya jaminan dibenarkan kerana mempunyai tanggungan ramai termasuk isterinya tidak bekerja dan anak-anak masih bersekolah selain menanggung kedua ibu bapa.

Hakim, Prescilla Hemamalini Nadarajah membenarkan Mohd Nizam diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain turut menetapkan kes disebut semula 29 Januari 2020 depan.

Lelaki 71 Tahun Dicabul Lelaki Warga Emas Selepas Khayal Di Taiping

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Gambar

Kekasih 13 Tahun Mengandung, Budak Lelaki 10 Tahun Teruja Bakal Jadi Bapa

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Krasnoyarsk, Russia amat teruja kerana tidak lama lagi akan menjadi seorang bapa

Published

on

By

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Krasnoyarsk, Russia amat teruja kerana tidak lama lagi akan menjadi seorang bapa selepas kekasihnya yang berusia 13 tahun kini mengandung tujuh minggu.

BACA : “Ayah Janji Beli Handphone Baru” – Gadis 13 Tahun Dirogol Ayah Tiri Hingga Mengandung

Memetik laporan Daily Star, pasangan itu dikatakan sangat gembira dengan berita tersebut dan keluarga mereka juga open minded serta menyokong hubungan mereka berdua.

Identiti pasangan terbabit tidak didedahkan untuk privasi

Manakala sekolah tempat gadis itu belajar menjelaskan situasi berkenaan masih terkawal dan mereka sedaya upaya cuba membantunya.

Bagaimana pun, ada pula spekulasi mengatakan budak lelaki berusia sepuluh tahun itu bukanlah bapa kepada bayi dalam kandungan remaja perempuan berkenaan.

Continue Reading

Facebook

“Rasa Daging Kerbau, Liat & Berlemak” – Masak Daging Kaki Sendiri

Published

on

By

Seorang lelaki menceritakan dia memasak daging kakinya sendiri dan menghidangkan kepada 10 orang rakan karibnya dua tahun lepas.

BACA : “Kalau Tak Leher Terbelah” – Jari Hampir Putus, Tali Diikat Melintang Tengah Jalan

Menurut lelaki yang memuat naik gambar daging kakinya di laman web Reddit itu, dia kemalangan jalan raya pada November 2017 dan menyebabkan kakinya terpaksa dipotong kerana tidak dapat diselamatkan.

Selepas menerima nasihat daripada doktor dan selesai menandatangani surat perjanjian serta urusan memotong kaki, lelaki tersebut membawa balik kakinya.

Sebaik sahaja sampai di rumah, dia mencuci kakinya dan dipotong sebelum digoreng dan disediakan menjadi ‘Taco Daging Kaki’.

Continue Reading

Gambar

Wanita Jual Suami RM68 Lepas Kantoi ‘Main’ Perempuan Lain, Guna Duit Untuk Beli Baju Anak

Published

on

By

Biasanya kita dengar cerita perempuan atau pun isteri kena jual oleh suami kan? Berbeza dengan tahun 2020 ni, kejadia di Kenya ni berbeza apabila si suami pula kena jual oleh isterinya.

BACA : Jual Isteri RM586 Di Facebook, Demi Biaya Persekolahan Anak

Memetik portal Mirror, Edna Mukwana telah menjual suaminya dengan harga 1,700 Kenyan Shilling (RM68) kepada perempuan simpanan lelaki itu.

Seminggu sebelum menjual suaminya, Edna mendapati suaminya curang dan mempunyai perempuan simpanan selepas kantoi dilihat bersama di atas katil di dalam bilik.

Selepas berfikir, Edna mengambil keputusan untuk menjual suaminya kepada kekasih suaminya dengan harga Ksh2,000 tapi wanita itu hanya membayar sebanyak beri Ksh 1,700.

Dengan hasil wang yang dia dapat dari menjual suaminya, Edna gunakan untuk membeli pakaian tahun baru buat anak-anaknya.

“Saya telah menggunakan semua wang untuk membeli pakaian tahun baru untuk anak-anak saya.” – Edna

Apabila ditanya sama ada Edna sanggup menerima suaminya semula, Edna menjawab tahun baru ini dia nak mulakan hidup baru dan tak nak bawa apa-apa permasalahan dari tahun 2019.

https://www.rilekstudio.com/jual-isteri-rm586-di-facebook/

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.