Isu
“Jangan Sebar Gambar & Video Bendera Malaysia Terbalik” – SKMM
Rentetan daripada isu gambar dan video bendera Malaysia yang dinaikkan secara terbalik di media sosial baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan lagi.
Menurut SKMM, sebuah portal didapati terdapat penyebaran dan penularan gambar atau video dengan paparan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik.
“Pemerhatian mendapati kebanyakan gambar atau video berkenaan adalah berdasarkan insiden yang berlaku (dengan tidak sengaja) dan yang sudah lama tular sebelum ini.
“Walau bagaimanapun, SKMM tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang mengubahsuai gambar-gambar berkenaan untuk agenda jahat mereka,” – SKMM.
SKMM juga menasihatkan pengguna media sosial untuk tidak menyebarkan gambar sedemikian yang boleh menyemai kebencian dan kemarahan orang awam.
Sumber : Berita Harian
Pemuda Naik Angin Bendera Malaysia Dinaikkan Terbalik
Global
Demam Babi Afrika Dilaporkan Di Selatan Filipina Untuk Kes Pertama
Belum reda mengenai isu Corona Virus yang melanda dunia, timbul pula isu virus demam babi Afrika yang dilaporkan di Filipina sebagai kes pertama.
Belum reda mengenai isu Corona Virus yang melanda dunia, timbul pula isu virus demam babi Afrika yang dilaporkan di Filipina sebagai kes pertama.
Sampel darah yang diambil dari babi di wilayah selatan di Filipina, pengguna daging babi ke-10 terbesar di dunia, diuji positif untuk virus demam babi Afrika, kata Jabatan Pertanian, hari ini.
Ia adalah kes pertama yang dilaporkan mengenai jangkitan demam babi Afrika di wilayah Davao Occidental dan di tempat lain di Mindanao, pulau selatan Filipina.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Pertanian, William Dar, telah mengarahkan pegawai jabatan serantau supaya menyekat pergerakan haiwan di bahagian kepulauan itu.
Filipina yang juga pengimport daging babi ketujuh terbesar di dunia, melaporkan wabak demam babi Afrika pertama pada September 2019, di beberapa ladang belakang rumah di ibu negara negara itu, Manila.
Penyakit itu cepat merebak ke bahagian lain di pulau utama Luzon, termasuk Manila, menyebabkan beberapa wilayah pusat dan selatan mengharamkan daging babi dan produk berasaskan daging babi dari kawasan yang dilanda penyakit.
Dar mendakwa punca wabak itu di Filipina daripada daging babi diseludup dari China, di mana berjuta-juta babi dipotong akibat penyakit itu.
Walaupun sampel darah dari babi di Davao Occidental telah diuji positif untuk demam babi Afrika, ujian lanjut akan dilakukan oleh Biro Industri Haiwan Jabatan untuk pengesahan.
Sumber : Berita Harian
Isu
Janda Anak Satu Kantoi Buat ‘Projek’ Malam Tahun Baru 2020
Setiap kali sambutan tahun baru, mesti ada berita mengenai pasangan ditangkap khalwat dan untuk tahun 2020 ini tidak lepas dari cerita khalwat yang sudah seperti menjadi kewajipan untuk sambutan tersebut.
Untuk pembuka 2020 ini, pasangan yang merupakan janda anak satu bersama seorang lelaki di sebuah bilik di Pusat Peranginan Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah pada 2.50 pagi tadi.
Wanita berusia 34 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki muda setahun daripadanya oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) Daerah Baling.
Memetik Harian Metro, JAIK membuat serbuan selepas menerima maklumat orang ramai mengenai aktiviti maksiat di situ dan dalam pemeriksaan berkenaan pihaknya dapati pasangan itu berada berdua-duaan dalam bilik berkenaan.
“Apabila pintu dibuka seorang lelaki yang hanya bertuala berada dalam bilik dan wanita terbabit berpakaian lengkap berada di bilik air.
“Ketika disoal siasat, kita mendapati wanita berkenaan berasal dari Perlis dan pasangan terbabit memberi alasan berehat sebentar di bilik itu selepas mandi di kolam air panas di situ,” – kata pegawai JAIK.
Pasangan itu diberikan notis mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Kedah 2014 dan sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
“Tiga pasangan lain turut disoal siasat kerana berdua-duaan di tempat terbuka di kawasan Air Panas Ulu Legong itu.
“Kita mengeluarkan surat saman kepada mereka kerana berkelakuan tidak senonoh dikhalayak ramai,” – pegawai JAIK.
Operasi malam tahun baru selama enam jam bermula 11 malam sehingga 5 pagi itu disertai lebih 30 anggota termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan anggota Skuad Al-Ansar.
Gambar
Bapa Lima Anak Cabul Budak 9 Tahun Di Surau Berdepan Hukuman Penjara
Sebelum ini viral video rakaman seorang lelaki melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak di tandas sebuah surau di Sungai Petani, Kedah dan dipercayai berlaku tiga minggu lalu.
BACA : Wanita Dipenjara 300 Tahun Kerana Mencabul Kanak-kanak
Memetik Sinar Harian suspek yang dikenali sebagai Mohd Nizam Yaakub, dari Kampung Haji Ngah Bedong itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam tandas Surau Al-Ikhlas Zon Mawar Ambangan Heighs kira-kira jam 3.30 petang pada 13 Disember lalu.
Mengikut pertuduhan, Nizam yang bekerja sebagai kelindan lori melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh badan seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husnah Omar meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap bapa kepada lima orang anak itu dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius dan dilakukan di tempat awam.
Bagaimanapun, Nizam merayu supaya jaminan dibenarkan kerana mempunyai tanggungan ramai termasuk isterinya tidak bekerja dan anak-anak masih bersekolah selain menanggung kedua ibu bapa.
Hakim, Prescilla Hemamalini Nadarajah membenarkan Mohd Nizam diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain turut menetapkan kes disebut semula 29 Januari 2020 depan.
Lelaki 71 Tahun Dicabul Lelaki Warga Emas Selepas Khayal Di Taiping
-
Fashion9 years agoThese ’90s fashion trends are making a comeback in 2017
-
Entertainment9 years agoThe final 6 ‘Game of Thrones’ episodes might feel like a full season
-
Fashion9 years agoAccording to Dior Couture, this taboo fashion accessory is back
-
Entertainment9 years agoThe old and New Edition cast comes together to perform
-
Sports9 years agoPhillies’ Aaron Altherr makes mind-boggling barehanded play
-
Business9 years agoUber and Lyft are finally available in all of New York State
-
Entertainment9 years agoDisney’s live-action Aladdin finally finds its stars
-
Sports9 years agoBoxing continues to knock itself out with bewildering, incorrect decisions






