Connect with us

Gambar

Pembunuh Pemandu Grab Buat-buat Gila, Rujuk Ke Hospital Mental

Published

on

Salah seorang daripada dua suspek kes pembunuhan seorang pemandu Grab, Mohammad Hanafiee Jaffar 25 Mei lalu telah dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang, Tuaran, Sabah.

BACA : Suspek Buat Live Video di Facebook Selepas Bunuh Pemandu Grab

Suspek yang merupakan lelaki termpatan yang berusia 24 tahun, Amru Al Asy Japri dan seorang warga Filipina, Arsit Indanan, 20 tahun dibicarakan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun pada Khamis lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa membunuh Mohammad Hanafiee Jaffar, 27 tahun, di dalam sebuah kereta Proton Saga FLX antara jam 4 pagi dan 5 pagi pada 25 Mei di tepi Jalan Marabahai di Tuaran.

Menurut laporan dari DailyExpress, peguam yang mewakili Amru, Aida Jaafar Mad Ariff memberitahu mahkamah bahawa bapa Amru tidak dapat mencari kad temu janji tinjauan semula Hospital Mesra milik Amru mengenai lawatannya ke hospital.

Menurut peguam itu lagi, ibu bapa Amru telah menulis kepada hospital itu untuk meminta rekod perubatan Amru.

Aida menjelaskan surat jawapan dari hospital itu, yang dia serahkan kepada mahkamah, menyatakan bahawa individu terbabit perlu datang ke hospital untuk mendapatkan rekod terdahulunya kerana rekod adalah peribadi dan sulit.

Inspektor Papilus Primus yang menjalankan pendakwaan, memohon tarikh sebutan lain sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia kes.

Pada 10 Jun lalu, apabila kes itu dibawa untuk sebutan pertama di hadapan Jessica, peguam Dominic Chew yang mewakili Amru, memohon untuk tertuduh dirujuk kepada Hospital Mesra di Bukit Padang untuk memeriksa sama ada dia layak untuk membuat pengakuan.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa mahkamah akan mempertimbang permintaan pihak pembelaan jika mereka dapat menunjukkan bukti kepada mahkamah iaitu kad temu janji tinjauan semula hospital bagi Amru yang menunjukkan lawatannya ke hospital.

Kedua-dua suspek didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawakan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Jessica menetapkan 8 Ogos untuk sebutan kes sementara menunggu status laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Arsit dan Amru diperintah reman lanjut kerana tuduhan terhadap mereka tidak mempunyai peruntukan ikat jamin.

http://www.tehpanas.com/suspek-bunuh-pemandu-grab-buat-live-video-fb/

Continue Reading
1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Netizen Tidak Setuju GoJek Di Malaysia, PM Kata Jangan Naik Kalau Tak Selamat - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Gambar

Kekasih 13 Tahun Mengandung, Budak Lelaki 10 Tahun Teruja Bakal Jadi Bapa

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Krasnoyarsk, Russia amat teruja kerana tidak lama lagi akan menjadi seorang bapa

Published

on

By

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Krasnoyarsk, Russia amat teruja kerana tidak lama lagi akan menjadi seorang bapa selepas kekasihnya yang berusia 13 tahun kini mengandung tujuh minggu.

BACA : “Ayah Janji Beli Handphone Baru” – Gadis 13 Tahun Dirogol Ayah Tiri Hingga Mengandung

Memetik laporan Daily Star, pasangan itu dikatakan sangat gembira dengan berita tersebut dan keluarga mereka juga open minded serta menyokong hubungan mereka berdua.

Identiti pasangan terbabit tidak didedahkan untuk privasi

Manakala sekolah tempat gadis itu belajar menjelaskan situasi berkenaan masih terkawal dan mereka sedaya upaya cuba membantunya.

Bagaimana pun, ada pula spekulasi mengatakan budak lelaki berusia sepuluh tahun itu bukanlah bapa kepada bayi dalam kandungan remaja perempuan berkenaan.

Continue Reading

Facebook

“Rasa Daging Kerbau, Liat & Berlemak” – Masak Daging Kaki Sendiri

Published

on

By

Seorang lelaki menceritakan dia memasak daging kakinya sendiri dan menghidangkan kepada 10 orang rakan karibnya dua tahun lepas.

BACA : “Kalau Tak Leher Terbelah” – Jari Hampir Putus, Tali Diikat Melintang Tengah Jalan

Menurut lelaki yang memuat naik gambar daging kakinya di laman web Reddit itu, dia kemalangan jalan raya pada November 2017 dan menyebabkan kakinya terpaksa dipotong kerana tidak dapat diselamatkan.

Selepas menerima nasihat daripada doktor dan selesai menandatangani surat perjanjian serta urusan memotong kaki, lelaki tersebut membawa balik kakinya.

Sebaik sahaja sampai di rumah, dia mencuci kakinya dan dipotong sebelum digoreng dan disediakan menjadi ‘Taco Daging Kaki’.

Continue Reading

Gambar

Wanita Jual Suami RM68 Lepas Kantoi ‘Main’ Perempuan Lain, Guna Duit Untuk Beli Baju Anak

Published

on

By

Biasanya kita dengar cerita perempuan atau pun isteri kena jual oleh suami kan? Berbeza dengan tahun 2020 ni, kejadia di Kenya ni berbeza apabila si suami pula kena jual oleh isterinya.

BACA : Jual Isteri RM586 Di Facebook, Demi Biaya Persekolahan Anak

Memetik portal Mirror, Edna Mukwana telah menjual suaminya dengan harga 1,700 Kenyan Shilling (RM68) kepada perempuan simpanan lelaki itu.

Seminggu sebelum menjual suaminya, Edna mendapati suaminya curang dan mempunyai perempuan simpanan selepas kantoi dilihat bersama di atas katil di dalam bilik.

Selepas berfikir, Edna mengambil keputusan untuk menjual suaminya kepada kekasih suaminya dengan harga Ksh2,000 tapi wanita itu hanya membayar sebanyak beri Ksh 1,700.

Dengan hasil wang yang dia dapat dari menjual suaminya, Edna gunakan untuk membeli pakaian tahun baru buat anak-anaknya.

“Saya telah menggunakan semua wang untuk membeli pakaian tahun baru untuk anak-anak saya.” – Edna

Apabila ditanya sama ada Edna sanggup menerima suaminya semula, Edna menjawab tahun baru ini dia nak mulakan hidup baru dan tak nak bawa apa-apa permasalahan dari tahun 2019.

https://www.rilekstudio.com/jual-isteri-rm586-di-facebook/

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.