Connect with us

Gambar

Enggan Rujuk Semula, Lelaki Tikam Muka Bekas Isteri Guna ‘Screwdriver’

Published

on

Berang dengan bekas isteri yang enggan rujuk semula, seorang lelaki menikam bekas isterinya itu dengan menggunakan pemutar skru di bahagian muka dan tangan.

BACA : Berang Isteri Curang, Suami Potong & Bawa Lari Kemaluan Kekasih Isteri

Mangsa yang berusia 28 tahun itu cedera di bahagian muka dan tangan dalam kejadian di sebuah kedai makan tempat mangsa bekerja di Pantai Air Tawar, Jertih, petang tadi.

“Suspek datang ke kedai itu untuk rujuk semula dengan mangsa, tetapi hasratnya itu ditolak dan suspek terus bertindak menikam mangsa menggunakan pemutar skru di bahagian muka dan tangan mangsa,” katanya.

Mohd Zamri berkata, mangsa mengalami luka di bahagian bawah mata kanan, luka di tangan kanan dan kiri selain di kening kiri dan dihantar orang awam ke Hospital Besut untuk rawatan.

“Majikan mangsa menerima panggilan pada jam 4.35 petang memaklumkan pekerjanya ditikam lalu membuat laporan polis jam 4.54 petang,” – Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi.

Susulan kejadian itu, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut menjalankan gerakan mengesan suspek berusia 31 tahun.

“Suspek yang juga seorang nelayan beralamat Kuala Besut kemudian berjaya ditahan sekitar jam 5.20 petang di tepi Jalan Cawat, Kuala Besut, Terengganu.

“Kita turut merampas barang kes seperti sebatang pemutar skru, kunci motosikal dan sebuah motosikal jenis Yahama. Ujian saringan air kencing suspek negatif dan tiada rekod kesalahan lampau,” – Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi.

Kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Sumber : Sinar Harian

Berang Isteri Curang, Suami Potong & Bawa Lari Kemaluan Kekasih Isteri

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Gambar

Kekasih 13 Tahun Mengandung, Budak Lelaki 10 Tahun Teruja Bakal Jadi Bapa

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Krasnoyarsk, Russia amat teruja kerana tidak lama lagi akan menjadi seorang bapa

Published

on

By

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Krasnoyarsk, Russia amat teruja kerana tidak lama lagi akan menjadi seorang bapa selepas kekasihnya yang berusia 13 tahun kini mengandung tujuh minggu.

BACA : “Ayah Janji Beli Handphone Baru” – Gadis 13 Tahun Dirogol Ayah Tiri Hingga Mengandung

Memetik laporan Daily Star, pasangan itu dikatakan sangat gembira dengan berita tersebut dan keluarga mereka juga open minded serta menyokong hubungan mereka berdua.

Identiti pasangan terbabit tidak didedahkan untuk privasi

Manakala sekolah tempat gadis itu belajar menjelaskan situasi berkenaan masih terkawal dan mereka sedaya upaya cuba membantunya.

Bagaimana pun, ada pula spekulasi mengatakan budak lelaki berusia sepuluh tahun itu bukanlah bapa kepada bayi dalam kandungan remaja perempuan berkenaan.

Continue Reading

Facebook

“Rasa Daging Kerbau, Liat & Berlemak” – Masak Daging Kaki Sendiri

Published

on

By

Seorang lelaki menceritakan dia memasak daging kakinya sendiri dan menghidangkan kepada 10 orang rakan karibnya dua tahun lepas.

BACA : “Kalau Tak Leher Terbelah” – Jari Hampir Putus, Tali Diikat Melintang Tengah Jalan

Menurut lelaki yang memuat naik gambar daging kakinya di laman web Reddit itu, dia kemalangan jalan raya pada November 2017 dan menyebabkan kakinya terpaksa dipotong kerana tidak dapat diselamatkan.

Selepas menerima nasihat daripada doktor dan selesai menandatangani surat perjanjian serta urusan memotong kaki, lelaki tersebut membawa balik kakinya.

Sebaik sahaja sampai di rumah, dia mencuci kakinya dan dipotong sebelum digoreng dan disediakan menjadi ‘Taco Daging Kaki’.

Continue Reading

Gambar

Wanita Jual Suami RM68 Lepas Kantoi ‘Main’ Perempuan Lain, Guna Duit Untuk Beli Baju Anak

Published

on

By

Biasanya kita dengar cerita perempuan atau pun isteri kena jual oleh suami kan? Berbeza dengan tahun 2020 ni, kejadia di Kenya ni berbeza apabila si suami pula kena jual oleh isterinya.

BACA : Jual Isteri RM586 Di Facebook, Demi Biaya Persekolahan Anak

Memetik portal Mirror, Edna Mukwana telah menjual suaminya dengan harga 1,700 Kenyan Shilling (RM68) kepada perempuan simpanan lelaki itu.

Seminggu sebelum menjual suaminya, Edna mendapati suaminya curang dan mempunyai perempuan simpanan selepas kantoi dilihat bersama di atas katil di dalam bilik.

Selepas berfikir, Edna mengambil keputusan untuk menjual suaminya kepada kekasih suaminya dengan harga Ksh2,000 tapi wanita itu hanya membayar sebanyak beri Ksh 1,700.

Dengan hasil wang yang dia dapat dari menjual suaminya, Edna gunakan untuk membeli pakaian tahun baru buat anak-anaknya.

“Saya telah menggunakan semua wang untuk membeli pakaian tahun baru untuk anak-anak saya.” – Edna

Apabila ditanya sama ada Edna sanggup menerima suaminya semula, Edna menjawab tahun baru ini dia nak mulakan hidup baru dan tak nak bawa apa-apa permasalahan dari tahun 2019.

https://www.rilekstudio.com/jual-isteri-rm586-di-facebook/

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.