Bayi Terperangkap Dalam Perut Ibu Selama 15 Tahun Disedari Selepas Sakit Perut
Alangkah terkejutnya doktor apabila mendapati bayi yang sudah ‘mengeras’ terperangkap di dalam perut seorang wanita berusia 60 tahun dari Khartoum, Sudan selama 15 tahun.
BACA : Doktor Temui Lebih 1,000 ‘Black Pearl’ Dalam Hempedu Lelaki Ini Selepas Mengadu Sakit Perut
Kejadian ini berlaku selepas wanita itu sakit dan bengkak pada perut pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dikongsi oleh seorang netizen menerusi akaun Twitter @Dizzy_zool.
Sebaik tiba di hospital, doktor menjalankan imbasan ultrasound dan CT terhadap wanita itu dan mendapati bayi yang sudah meninggal dunia berada di dalam perutnya.
Sebelum doktor menjalakan pembedahan untuk mengeluarkan bayi tersebut, doktor menjelaskan terlebih dahulu bahawa peluangnya sangat tipis memandangkan wanita itu sudah berusia dan saiz bayi itu agak besar.
Bagaimanapun, selepas menjalankan pemeriksaan lanjut, doktor mendapati bayi tersebut telah dikelilingi oleh jisim yang tebal dan tiada kanser sel atau fibrosis pada bayi tersebut.
Selepas menjalankan pembedahan mengeluarkan bayi tersebut, wanita itu selamat dan ianya dipanggil lithopedion atau ‘kandungan ektopik mengeras’.
Perkara ini berlaku apabila janin mati di luar rahim tapi ia terlalu besar untuk diserap oleh badan dan mengikut sejarah perubatan, hanya ada 300 kes seperti ini pernah berlaku sepanjang 400 tahun kewujudan dunia perubatan.
Doktor Temui Lebih 1,000 ‘Black Pearl’ Dalam Hempedu Lelaki Ini Selepas Mengadu Sakit Perut
Gambar
“Kau Tak Bagi Duit, Aku Sepak” Pembuli ‘Pau’ & Tendang Budak Sekolah
Sebuah rakaman video berdurasi 30 saat mengundang kemarahan warga Twitter apabila video yang memaparkan seorang pelajar lelaki dibuli oleh seorang lelaki yang lebih dewasa darinya.
BACA : Pernah Dibuli 53 Tahun Lepas, Pesara Marin 69 Tahun Tembak Rakan Kelas Di Majlis Reunion
Di dalam video terbabit kelihatan lebih kurang 4 orang remaja lelaki sedang mengelilingi pelajar yang memakai kopiah putih dan mengikut dialek percakapan mereka dan sumber dari netizen mengatakan kejadian berlaku di Taman Perumahan Jaza Joh Labok, Machang, Kelantan.
Pembuli yang memakai baju hitam dikenali sebagai Irfan Iman itu meminta wang RM5 daripada mangsa tetapi ditawarkan jam yang ditanggalkan dari tangan kerana mungkin mangsa tidak mempunyai wang tunai.
Bagaimanapun pembuli itu menolak pemberian jam tangan tersebut kerana menganggap jam tersebut merupakan hadiah daripada ibu mangsa.
Bengang tidak dapat wang tunai daripada mangsa yang bersekolah di Sekolah Maahad Syamsul Maarif, Pulai Chondong, si pembuli terus menendang di bahagian peha mangsa sebelum dibenarkan untuk beredar dari situ.
Menurut seorang pengguna Twitter, si pembuli pernah terlibat dengan kes cabul seorang makcik di tempat kenduri, namun kes tersebut tidak pasti sama ada dilaporkan kepada pihak polis atau pun tidak.
Dalam pada itu, satu screen shot perbualan WhatsApp mengatakan si pembuli itu telah ditangkap polis petang tadi untuk siasatan lanjut selepas mangsa membuat laporan polis.
https://www.rilekstudio.com/pesara-marin-69-tahun-tembak-rakan-kelas-di-majlis-reunion/
Sumber : Twitter
Isu
Tunggu Cop Passport di Kastam Terlampau Lama, Wanita Berak Tepi Jalan Ditemani Boyfriend
Rakaman video berdurasi 3 saat yang memaparkan seorang wanita membuang air besar di tepi jalan menimbulkan pelbagai reaksi warganet di laman Twitter.
BACA : Gadis Terberak Dalam Seluar Di Tempat Awam, Teman Lelaki Bantu Bersihkan Seperti ‘Superhero’
Video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @pio_dhurjana memberitahu kejadian itu berlaku semasa wanita tersebut beratur untuk cop passport di Jabatan Kastam Johor Bahru.
Dalam video tersebut dilihat wanita terbabit ditemani oleh teman lelakinya yang sedang membantu mengangkat kain skirt dari terkena najis dan menghalang pandangan dari orang ramai.
Persoalannya, adakah dia mencebok selepas berak? Heh!
Isu
Najib Razak Berhasrat Lakukan Sumpah Laknat Nafi Dakwaan Azilah Hadri Dalam Akuan Bersumpahnya
Dikaitkan dengan pembunuhan model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 dalam akuan bersumpah oleh suspek utama iaitu Azilah Hadri, bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berhasrat melakukan sumpah laknat.
BACA : Akuan Bersumpah Azilah Bersabit Kes Altantuya Didengar April Depan
Menerusi laman Twitter miliknya, Najib Razak memuat naik satu posting yang menarik perhatian ramai rakyat Malaysia apabila memberitahu dia berhasrat melakukan sumpah laknat itu untuk menafikan dakwaan yang terkandung dalam akuan bersumpah yang dikeluarkan oleh Azilah Hadri baru-baru ini.
“Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan yang terkandung dalam Akuan Bersumpah yang dikeluarkan Azilah Hadri.
Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kg Baru di ibu negara sejurus selepas Solat Jumaat minggu ini.” – tulis Najib Razak di Twitter
Dalam pada itu, ramai yang menyokong tindakan Najib untuk melakukan sumpah laknat dan ada netizen yang mengatakan Najib bertindak berdasarkan hukum islam dan siapalah kita untuk mempertikaikannya.
Bagaimanapun, kita lihat saja Jumaat ini sama ada Najib Razak akan melakukan sumpah laknat selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Kg Baru, Kuala Lumpur, sama-sama kita nantikan.
Akuan Bersumpah Azilah Bersabit Kes Altantuya Didengar April Depan
-
Fashion9 years agoThese ’90s fashion trends are making a comeback in 2017
-
Entertainment9 years agoThe final 6 ‘Game of Thrones’ episodes might feel like a full season
-
Fashion9 years agoAccording to Dior Couture, this taboo fashion accessory is back
-
Sports9 years agoBoxing continues to knock itself out with bewildering, incorrect decisions
-
Entertainment9 years agoThe old and New Edition cast comes together to perform
-
Sports9 years agoPhillies’ Aaron Altherr makes mind-boggling barehanded play
-
Business9 years agoUber and Lyft are finally available in all of New York State
-
Sports9 years agoSteph Curry finally got the contract he deserves from the Warriors












