Connect with us

Facebook

“Anak Saya Lurus Bendul” – Bapa Remaja Pijak Al-Quran Beri Penjelasan Sebenar

Published

on

Terpalit dengan tindakan anak perempuannya yang memijak kitab suci al-Quran, seorang lelaki yang dikenali sebagai Roslan tampil mendedahkan sebenarnya anaknya yang berusia 17 tahun itu seorang yang lurus bendul.

BACA : Nafi Pernah Lakukan Hubungan Seks, Perempuan Pijak Al-Quran Ditahan Polis

Menerusi temubual secara langsung di Facebook (FB) ‘Kelate Kito’ semalam, Roslan menjelaskan pemikiran anaknya seperti budak-budak berusia tujuh atau lapan tahun sedangkan usianya sudah mencecah 17 tahun.

Malah, anaknya itu juga hanya berkawan dengan kanak-kanak dan budak bukannya dengan rakan sebayanya.

“Anak saya umur 17 tahun dan sudah berhenti sekolah kerana dia kata tidak nampak ‘jalan’ (tidak dapat meneruskan pelajaran), jadi saya menyuruh dia berhenti sekolah.

“Dia seorang yang lurus bendul dan pemikirannya tak waras mana,” – jelas Roslan di dalam temubual tersebut.

Kakak remaja berkenaan yang dikenali sebagai Fatihah pula memberitahu bahawa dia yang membuat laporan polis selepas melihat rakaman video adiknya memijak al-Quran yang dikongsi rakannya pada 2.30 petang, Khamis lalu.

“Saya tanya adik betul ke dia yang pijak (al-Quran) dan dia mengaku kerana dipaksa (rakan-rakan). Mula-mula saya hendak marah tetapi berfikir tiada guna kerana ia sudah tular.

“Saya terus buat laporan polis sebab tidak mahu keluarga malu dengan kejadian itu,” – Fatihah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Azmi Abu Kassim berkata, tempoh tahanan reman terhadap empat remaja perempuan yang terbabit dalam kejadian memijak al-Quran di Kusial, Tanah Merah itu dilanjutkan sehari lagi untuk melengkapkan siasatan terhadap semua suspek.

“Perintah tahan reman disambung sehingga esok untuk melengkapkan siasatan,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, semua suspek berusia 17 hingga 18 tahun ditahan reman selama tiga hari sejak 19 Julai lalu selepas rakaman video memijak al-Quran viral di laman media sosial Facebook.

https://www.facebook.com/JerungPutihEntertainment/videos/2719859648032924/

Nafi Pernah Lakukan Hubungan Seks, Perempuan Pijak Al-Quran Ditahan Polis

Facebook

“Rasa Daging Kerbau, Liat & Berlemak” – Masak Daging Kaki Sendiri

Published

on

By

Seorang lelaki menceritakan dia memasak daging kakinya sendiri dan menghidangkan kepada 10 orang rakan karibnya dua tahun lepas.

BACA : “Kalau Tak Leher Terbelah” – Jari Hampir Putus, Tali Diikat Melintang Tengah Jalan

Menurut lelaki yang memuat naik gambar daging kakinya di laman web Reddit itu, dia kemalangan jalan raya pada November 2017 dan menyebabkan kakinya terpaksa dipotong kerana tidak dapat diselamatkan.

Selepas menerima nasihat daripada doktor dan selesai menandatangani surat perjanjian serta urusan memotong kaki, lelaki tersebut membawa balik kakinya.

Sebaik sahaja sampai di rumah, dia mencuci kakinya dan dipotong sebelum digoreng dan disediakan menjadi ‘Taco Daging Kaki’.

Continue Reading

Facebook

Anak Jatuh Ketika Bas Berhenti Brek Mengejut, Penumpang Mengamuk & Lempar Kata-kata Kesat Pada Pemandu Bas

Published

on

By

Sebuah rakaman video berdurasi lima minit empat saat yang viral di media sosial memaparkan seorang penumpang wanita tidak puas hati terhadap pemandu bas GO KL selepas memberhentikan brek dengan mengejut.

BACA : Halang Polis Buat Kerja, Pemandu Lori & Isteri Mengaku Tidak Bersalah

“Saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak sengaja betul,” – rayu pemandu bas kepada wanita itu.

Aksi pemandu bas wanita itu sempat dirakam penumpang lain dan kisah berkenaan mendapat perhatian warganet selepas rakaman video berdurasi lima minit empat saat itu tular di laman sosial sejak semalam.

Menerusi rakaman yang dirakam oleh penumpang lain, penumpang wanita terbabit dilihat mengeluarkan kata kesat kepada pemandu bas kerana brek mengejut menybabkan anaknya terjatuh dan hampir dihempap penumpang lain.

Meskipun berterusan dimarahi, pemandu bas berkenaan bersikap tenang kerana enggan keadaan menjadi bertambah tegang.

Kekecohan itu berakhir selepas pemandu berkenaan memenuhi permintaan penumpang untuk memohon maaf kepadanya.

Pemandu bas berkenaan turut memberi alasan terpaksa memberhentikan bas mengejut bagi mengelak melanggar sebuah kereta yang berada pada jarak dekat.

“Hello miss (Cik), saya minta maaf, ampun, sorry (maaf). Saya tak sengaja (brek), sebab ada kereta tadi.

“Kereta dari belakang (mencelah) sebab itu terpaksa brek. Bukan sengaja nak brek emergency (kecemasan).

“Kalau sengaja, setiap kali berhenti saya brek kecemasan,” – pemandu bas.

Dalam pada itu, netizen memuji pemandu wanita berkenaan kerana bersikap tenang serta tidak melayan provokasi penumpang yang menghamburkan kata kesat kepadanya.

Sumber : Harian Metro, Facebook

Continue Reading

Facebook

Redah Hujan Panas Demi Hantar Laptop Tapi Anak Beri Banyak Alasan Tak Mahu Jumpa

Published

on

By

Sanggup meredah hujan dan panas demi untuk menghantar laptop milik anaknya yang belajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), namun harapan ibu dan bapa gadis itu kecewa apabila anaknya enggan bertemu dengan mereka.

BACA : Anak Gali Kubur Ibu Kerana Terlalu Rindu, Bawa Mayat Ibu Balik Ke Rumah

Menurut seorang pengguna Facebook, Zunnur Aiman Nurikhan yang berkongsikan cerita itu, dia pada mulanya terserempak dengan pasangan tersebut berdekatan Restoran Jejantas Ayer Keroh semasa suami isteri itu dalam perjalanan pulang semula ke Batu Pahat.

Zunnur mendedahkan gadis yang dikenali sebagai Siti Syahirah itu meminta ibu dan bapanya meninggalkan laptop terbabit di pondok jaga selepas mereka sampai di kolej tersebut jam 3 petang Jumaat lepas.

Sebelum itu, pasangan itu juga cuba menghubungi rakan baik anak mereka selepas Siti Syahirah didakwa kehilangan handphone, bagaimanapun anak gadis mereka itu itu memberi bermacam-macam alasan untuk berjumpa dengan ibu bapanya.

Disebabkan perbuatan gadis itu membuatkan Zunnur memuat naik perkara tersebut di Facebook dan menjelaskan dia dan rakannya follow pasangan tersebut hingga ke rumah mereka kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Siti Syahirah Binti Md Daim Mohon Maaf

Dalam pada itu, individu menggunakan akaun Amir Othman memuatnaik rakaman video memaparkan gadis yang dikaitkan dengan cerita itu memohon maaf kepada semua yang terlibat dan mendedahkan perkara sebenar.

Video Siti Syahirah Binti Md Daim Mohon Maaf

https://www.facebook.com/amir.othman/videos/10157439542381519/

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.