Gambar
Berang Cinta Tidak Berbalas, Lelaki Rakyat Malaysia Bunuh & Setubuh Mayat Gadis Dicintai
Seorang lelaki yang merupakan rakyat Malaysia bertindak membunuh wanita dicintainya sebelum cuba mengadakan hubungan seks bersama mayat wanita itu.
BACA : Bengang Video Intim Tersebar, Wanita Potong Kemaluan Teman Lelaki Guna Gunting
Kejadian yang berlaku di rumah pangsa di Singapura yang disewa oleh suspek Boh Soon Ho, berusia 51 tahun dan berasal dari Malaysia, namun tidak diberitahu dari daerah mana.
Rabu lalu, Boh mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh, cubaan menyetubuhi mayat serta melarikan barangan berharga milik mangsa.
Menurut pendakwaraya, Boh mengintip pergerakan wanita yang dikenali sebagai Zhang Huaxiang itu sebelum mendapati wanita itu memiliki teman lelaki, dan bertindak bertemu mangsa bagi meluahkan kemarahan.
Sebelum beberapa hari kejadian, Boh yang juga merupakan penduduk tetap Singapura itu mengajak mangsa makan bersama di rumah pangsa sewa Boh pada 21 Mac 2016.
Seterusnya Boh cuba mengajak mangsa melakukan hubungan seks namun ditolak, berang pelawaannya ditolak, Boh terus menjerut leher mangsa yang berusia 28 tahun itu menggunakan tuala mandi.
“Dia kemudian bertindak membogelkan mangsa, merakam foto dan cuba melakukan hubungan seks, namun gagal kerana tidak berupaya mengekalkan ereksi,” – pendakwa.
Boh melarikan diri ke Malaysia tetapi berjaya ditahan pihak polis pada awal April 2016 dan dibawa pulang ke Singapura.
Pendakwaraya menjelaskan Zhang merupakan seorang jururawat dari China dan tidak membalas cinta tertuduh malah tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan intim bersama lelaki itu.
Mayat Zhang ditemui tuan rumah di atas katil milik tertuduh pada 22 Mac dan terus menghubungi polis.
Susulan laporan polis itu, Boh ditahan polis di Malaysia pada 4 April tahun yang sama dan dibawa pulang ke Singapura.
Jika didapati bersalah, Boh boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, tetapi tidak boleh menjalani hukuman sebatan kerana sudah berusia melebihi 50 tahun.
Sumber : Agensi
Gambar
Kekasih 13 Tahun Mengandung, Budak Lelaki 10 Tahun Teruja Bakal Jadi Bapa
Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Krasnoyarsk, Russia amat teruja kerana tidak lama lagi akan menjadi seorang bapa
Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Krasnoyarsk, Russia amat teruja kerana tidak lama lagi akan menjadi seorang bapa selepas kekasihnya yang berusia 13 tahun kini mengandung tujuh minggu.
BACA : “Ayah Janji Beli Handphone Baru” – Gadis 13 Tahun Dirogol Ayah Tiri Hingga Mengandung
Memetik laporan Daily Star, pasangan itu dikatakan sangat gembira dengan berita tersebut dan keluarga mereka juga open minded serta menyokong hubungan mereka berdua.
Identiti pasangan terbabit tidak didedahkan untuk privasi
Manakala sekolah tempat gadis itu belajar menjelaskan situasi berkenaan masih terkawal dan mereka sedaya upaya cuba membantunya.
Bagaimana pun, ada pula spekulasi mengatakan budak lelaki berusia sepuluh tahun itu bukanlah bapa kepada bayi dalam kandungan remaja perempuan berkenaan.
“Rasa Daging Kerbau, Liat & Berlemak” – Masak Daging Kaki Sendiri
Seorang lelaki menceritakan dia memasak daging kakinya sendiri dan menghidangkan kepada 10 orang rakan karibnya dua tahun lepas.
BACA : “Kalau Tak Leher Terbelah” – Jari Hampir Putus, Tali Diikat Melintang Tengah Jalan
Menurut lelaki yang memuat naik gambar daging kakinya di laman web Reddit itu, dia kemalangan jalan raya pada November 2017 dan menyebabkan kakinya terpaksa dipotong kerana tidak dapat diselamatkan.
Selepas menerima nasihat daripada doktor dan selesai menandatangani surat perjanjian serta urusan memotong kaki, lelaki tersebut membawa balik kakinya.
Sebaik sahaja sampai di rumah, dia mencuci kakinya dan dipotong sebelum digoreng dan disediakan menjadi ‘Taco Daging Kaki’.

Gambar
Wanita Jual Suami RM68 Lepas Kantoi ‘Main’ Perempuan Lain, Guna Duit Untuk Beli Baju Anak
Biasanya kita dengar cerita perempuan atau pun isteri kena jual oleh suami kan? Berbeza dengan tahun 2020 ni, kejadia di Kenya ni berbeza apabila si suami pula kena jual oleh isterinya.
BACA : Jual Isteri RM586 Di Facebook, Demi Biaya Persekolahan Anak
Memetik portal Mirror, Edna Mukwana telah menjual suaminya dengan harga 1,700 Kenyan Shilling (RM68) kepada perempuan simpanan lelaki itu.
Seminggu sebelum menjual suaminya, Edna mendapati suaminya curang dan mempunyai perempuan simpanan selepas kantoi dilihat bersama di atas katil di dalam bilik.
Selepas berfikir, Edna mengambil keputusan untuk menjual suaminya kepada kekasih suaminya dengan harga Ksh2,000 tapi wanita itu hanya membayar sebanyak beri Ksh 1,700.
Dengan hasil wang yang dia dapat dari menjual suaminya, Edna gunakan untuk membeli pakaian tahun baru buat anak-anaknya.
“Saya telah menggunakan semua wang untuk membeli pakaian tahun baru untuk anak-anak saya.” – Edna
Apabila ditanya sama ada Edna sanggup menerima suaminya semula, Edna menjawab tahun baru ini dia nak mulakan hidup baru dan tak nak bawa apa-apa permasalahan dari tahun 2019.
https://www.rilekstudio.com/jual-isteri-rm586-di-facebook/
-
Fashion9 years agoThese ’90s fashion trends are making a comeback in 2017
-
Entertainment9 years agoThe final 6 ‘Game of Thrones’ episodes might feel like a full season
-
Fashion9 years agoAccording to Dior Couture, this taboo fashion accessory is back
-
Sports9 years agoBoxing continues to knock itself out with bewildering, incorrect decisions
-
Entertainment9 years agoThe old and New Edition cast comes together to perform
-
Sports9 years agoPhillies’ Aaron Altherr makes mind-boggling barehanded play
-
Business9 years agoUber and Lyft are finally available in all of New York State
-
Sports9 years agoSteph Curry finally got the contract he deserves from the Warriors







Pingback: Suspek Bunuh Kerat Lapan Ditahan Di Singapura, Kepala Mangsa Masih Belum Ditemui - HOIVIRAL